Wednesday 24 April 2013

KUIZ SIMPULAN BAHASA



SIMPULAN BAHASA

1.       Kejayaan Azman melanjutkan pelajaran ke luar negara menjadi ____________________ orang-orang kampung.
  1.   buah mulut
  2.   buah hati
  3.   buah tangan
  4.   buah fikiran
2. ·  Peperangan yang tiada kesudahannya itu menyebabkan banyak orang yang ___________________ .
  1.   mati kutu
  2.   mati lemas
  3.   mati katak
  4.   mati syahid
·  Pak mat bersyukur dengan rezeki yang diperoleh daripada _______________ nya sendiri.
  1.   air muka
  2.   darah daging
  3.   gaji buta
  4.   titik peluh
·  Jangan kamu beritahu rahsia ini kepadanya. Dia itu ________________
  1.   gelap mata
  2.   mulut tempayan
  3.   kepala angin
  4.   cepat tangan
·  Ayah tinggal di Kuala Lumpur beberapa hari kerana mahu _________________.
  1.   beralih akal
  2.   mencuci mata
  3.   mencari jalan
  4.   beralih angin
·  ________________ betul saya semasa balik ke kampung kerana musim buah-buahan baru bermula.
  1.   Salah langkah
  2.   Langkah kanan
  3.   Langkah seribu
  4.   Langkah kiri
·  Zainal ______________ kerana terlalu dimanjakan oleh ibu bapanya.
  1.   besar kepala
  2.   besar hati
  3.   bekas tangan
  4.   beri muka
·  Anita mempunyai ________________ di pipi kanannya.
  1.   cahaya mata
  2.   banyak mulut
  3.   hidung tinggi
  4.   tahi lalat
·  Hadi berasa ____________________ kerana Nora disukai oleh kawan-kawannya.
  1.   tawar hati
  2.   sampai hati
  3.   iri hati
  4.   buta hati
·  Fauzi makan sebungkus nasi lemak sebagai ____________ sebelum ke sekolah.
  1.   ikat perut
  2.   makan besar
  3.   alas perut
  4.   makan angin
·  Rosman dinaikkan pangkat oleh majikannya kerana dia ________________.
  1.   muka tembok
  2.   ringan tulang
  3.   berat tulang
  4.   kera sumbang
·  Riduan adalah _____________ nenek dan datuknya kerana dia merupakan cucu tunggal mereka.
  1.   buah hati
  2.   ayam tambatan
  3.   anak angkat
  4.   kaki bangku
·  Devan bersikap _______________ kerana keluarganya kaya dan terkenal.
  1.   berat mulut
  2.   batu api
  3.   hidung tinggi
  4.   berat sebelah
·  Pegawai yang _______________ itu telah ditangkap.
  1.   kacang hantu
  2.   kaki botol
  3.   makan suap
  4.   berat sebelah
·  Kumar hanya ber_______________ kerana kasutnya kecurian.
  1.   otak cair
  2.   putih mata
  3.   kaki ayam
  4.   murah hati
·  Kakak memakai cermin mata kerana dia _______________________.
  1.   telinga lintah
  2.   rabun ayam
  3.   puteri lilin
  4.   rambang mata
·  Tulisan Dora yang __________________ itu sukar dibaca oleh Cikgu yati.
  1.   nyawa-nyawa ikan
  2.   lintah darat
  3.   buruk siku
  4.   cakar ayam
·  Dia memang _______________ kerana masih belum faham walaupun diajar beberapa kali.
  1.   otak mereng
  2.   otak udang
  3.   otak cair
  4.   otak kancil
·  _______________________ antara Devi dan Rani itu berakhir selepas dinasihati oleh Cikgu Farah.
  1.   Naik angin
  2.   Pasang telinga
  3.   Perang mulut
  4.   Mulut murai
·  Ayah _________________ dulu sementara menanti hari siang.
  1.   telinga nipis
  2.   terang hati
  3.   tidur-tidur ayam
  4.   titik peluh


No comments:

Post a Comment