Karangan
Semangat Kejiranan Terhakis Dalam Masyarakat Kita?
Semangat kejiranan sudah longgar dalam masyarakat
kita kalau kita lihat sejak akhi-akhir ini. Keadaan ini menimbulkan pelbagai
spekulasi kepentingan semangat ini diamalkan.
Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah untuk
meningkatkan semangat ini dan kepentingannya.
Semangat kejiranan merujuk semangat membantu
masyarakat setempat terutama jiran bersebelahan dalam kehidupan seharian
mereka. Sememangnya semangat kejiranan ini semakin hilang dalam masyarakat kita
sehingga menimbulkan pelbagai isu semasa pula. Jadi, ada banyak kaedah yang
boleh dilaksanakan untuk memastikan semangat ini berterusan kerana memang ada
kepentingannya.
Langkah awal ialah masyarakat menghidupkan semua
konsep rukun tetangga di kawasan perumahan mereka. Rukun tetangga berfungsi
untuk mengawal keselamatan kawasan perumahan terutama pada malam hari. Aktiviti
ini memerlukan pembabitan semua pihak tanpa mengira kaum yang mampu menanam
semangat kejiranan ketika melakukan rondaan bersama-sama. Oleh itu, hubungan
rapat yang terjalin melalui rukun tetangga ini mengeratkan lagi perhubungan
antara jiran.
Selain itu, semangat ini mampu dipupuk dengan
mengadakan pelbagai majlis yang bercorak setempat. Majlis perkahwinan, rumah
terbuka dan hari keluarga mampu menghidupkan semula semangat yang murni ini.
Semua jiran akan beramah mesra dan mengenali satu sama lain melalui majlis
seperti ini. Sesungguhnya, semangat kejiranan berupaya tumbuh dengan subur berdasarkan
majlis sebegini.
Kerajaan turut mampu memainkan peranan dengan
mengadakan kempen kesedaran semangat kejiranan ini. Penggunaan media massa
seluas mungkin dengan iklan yang menarik sudah pasti berupaya menarik perhatian
masyarakat terhadap isu ini. Masyarakat akan mula mempersoal tahap semangat
kejiranan mereka dan berusaha ke arah mengekalkan serta meningkatkan semangat
itu di kawasan mereka. Sememangnya kerajaan berperanan penting dalam memulakan
usaha memupuk semangat mulia ini.
Dalam masa yang sama sikap dan persepsi masyarakat
perlu berubah. Masyarakat hendaklah memandang semangat kejiranan ini sebagai
satu perkara penting dalam kehidupan bermasyarakat. Semangat ini perlulah
diutamakan dalam sebarang tindakan yang ingin dilaksanakan oleh masyarakat.
Jelaslah, paradigma yang baru ini memastikan semangat kejiranan akan terus
mekar dalam masyarakat kita.
Kepentingan semangat ini sudah pasti dalam
mewujudkan semangat perpaduan. Dalam masyarakat berbilang kaum yang wujud di
negara ini pemupukan konsep perpaduan amat strategik. sesuatu masyarakat
sesebuah negara itu terbentuk daripada individu yang saling berjiran sebelum
berkembang menjadi satu umah. Oleh itu, semangat kejiranan menjadi titik tolak pembentukan konsep perpaduan nasional.
No comments:
Post a Comment